Friday, December 9, 2011

Bagaimana memohon RM500 wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia - LHDN?

Salam Jumaat semua.. hari ni nak kongsikan sedikit info yang diambil dari blog En.SahromNasrudin

SYARAT ASASNYA ADALAH PENDAPATAN KASAR SEBULAN ISIRUMAH WAJIB TIDAK MELEBIHI RM 3,000.00 SEBULAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia ( mereka yang berkahwin dengan warga asing yang bukan warganegara, permohonan hendaklah menggunakan nama pasangan yang warganegara SAHAJA)
  • Seorang Lelaki atau Perempuan yang menjadi KETUA kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar RM 3000 dan kebawah.
  • Warga Emas yang berumur 60 tahun dan keatas yang tinggal sebatang kara juga dengan pendapatan dibawah RM 3000
DOKUMEN WAJIB

  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKad
  • Salina Penyata Gaji Terkini / Penyata Pencen
  • Borang Pendaftaran BR1M ini akan diedarkan bermula 10 Disember 2011 ini di semua Pejabat Daerah, Pejabat PBT dan Pejabat-pejabat yang akan diberitahu dari semasa ke semasa.

MAKSUD DAN DEFINISI ISIRUMAH

  • Berkahwin
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ( tanggungan termasuklah anak-anaknya atau ibubapanya atau ibubapa mertuanya)
  • Bujang yang mempunyai tanggungan ( tanggungan ibubapanya)
  • Warga emas yang tinggal sebatang kara dalam sebuah rumah ( juga bermaksud anak-anaknya tidak tinggal bersamanya)
  • Seorang anak yang telah berkahwin tetapi masih tinggal bersama ibubapanya ( maksud disini ibubapanya juga boleh memohon BR1M dan anak yang berkahwin itu juga boleh memohon BR1M walau mereka tinggal serumah..Tetapi anak yang bujang dan tinggal dalam rumah itu tidak boleh memohon kerana ibubapanya sudah memohon)
MEKANISME PERMOHONAN & PEMBAYARAN

  • Borang diberi PERCUMA di semua Pejabat Daerah bermula 10 Disember 2011. Tempoh permohonan akan berakhir pada 10 Januari 2012. (kalau tak salah, bagi negeri yang dibawah pembangkang, kena dapatkan borang di LHDN.)
  • Borang Permohonan boleh dihantar di Pejabat Daerah sebelum 10 Januari 2012. Setiap penghantaran borang akan dicop penerimaan dan diberi slip penerimaan kepada pemohon untuk rujukan jika berlaku apa-apa kes.
  • Borang ini akan dihantar ke pejabat LHDN untuk diproses. LHDN akan menghantar surat pemakluman sama ada permohonan berjaya atau tidak.
  • Jika berjaya, bawa surat dari LHDN tersebut ke Pejabat Daerah untuk mendapatkan baucer tunai RM 500. Baucer ini pula hendaklah segera dibawa ke Bank Simpanan Nasional SAHAJA ( bukan Pejabat POS, bukan Pejabat Tabung Haji ) untuk ditukar ke wang tunai RM 500.
  • Jika TIDAK BERJAYA, RAYUAN boleh dibuat. Mungkin berlaku kesilapan mengisi borang yang menyebabkan permohonan ini tidak berjaya. Jadi, ia boleh diperbetulkan.
  • Pembayaran dijangka seawal pertengahan Januari 2012 sehingga akhir Mac 2012 secara berperingkat-peringkat.

BERIKUT ANTARA SOALAN-SOALAN YANG DITANYA OLEH PENGERUSI JKKK KEPADA SEPASUKAN PEGAWAI LHDN SEMASA SESI Q & A BERLANGSUNG

S 1 : Bagaimana dengan suami yang berkahwin lebih dari satu ? Adakah mereka boleh memohon untuk setiap isteri mereka atau satu permohonan sahaja.

J LHDN : TIDAK BOLEH. Hanya satu permohonan sahaja. Si Suami harus memilih isteri mana yang hendak dijadikan tanggungan semasa mengisi borang tersebut. Si suami dianggap berkemampuan jika boleh berkahwin lebih dari satu.

S 2 : Bagi ibubapa, bagaimana mereka mahu mengisi kolum tanggungan ?

J LHDN : Hanya anak yang masih dalam tanggungan sahaja yang perlu diisi di kolum tanggungan. Anak yang sudah bekerja atau berkahwin dan tinggal di tempat lain bukan tanggungan. Tetapi anak yang masih belajar dan tinggal di tempat lain, ia masih dikira tanggungan dan anak yang sudah berkahwin tetapi masih tinggal serumah ia bukan dikira tanggungan.

S 3 : Apakah peranan JKKK ?

J LHDN : JKKK berperanan menerima sahaja borang tersebut dan serahkan ke Pejabat Daerah. JKKK tiada hak untuk mengatakan orang itu layak atau tidak untuk menerima kerana semua urusan verifikasi akan dilakukan oleh LHDN. Walau bagaimanapun, jika didapati borang tidak lengkap, JKKK boleh menasihatkan pemohon untuk melengkapkannya demi memudahkan urusan. Peranan JKKK lebih kepada pemudahcara kepada penduduk kampung


*********************************
moga info ni dapat membantu anda semua. bukan apa, ramai  jiran-jiran aku dok bercerita pasal ni semalam. siap nak bawak rombongan ramai-ramai nak pegi isi borang tu kat LHDN. phew... mau ranap Sp Plaza tu esok. hahaha.... InsyaAllah, nanti aku akan khabarkan pada mereka pasal ni.